Ahad, 14 Ogos 2016



POLITEKNIK SULTAN HAJI AHMAD SHAH
DUA6022: KOMUNIKASI DAN PENYIARAN DALAM ISLAM
E-FOLIO

TAJUK: HIBURAN MELAMPAU DIKENALPASTI SEBAGAI PUNCA KERUNTUHAN AKHLAK KELUARGA.

NAMA PENSYARAH      : PUAN NUR AINI BINTI NAWAWI
NAMA AHLI  KUMPULAN        :
·        MUHAMMAD HAKIM BIN MOHD HAMIDI (02DTM14F1150)

·        MOHAMAD FAKHRUDDIN SYAFIQ BIN NAWAWI (02DTM14F1132)

·        MUHAMAD SAFFUAN BIN ABU BAKAR (O2DTM14F1183)




                                                           

SESI JUN 2016
KANDUNGAN                                                                                                          Muka Surat
1.0      Pengenalan                                                                                                          1-2
2.0      Isu Dan Punca                                                                                                     3-9
2.1      Program Hiburan                                                                                     5
2.2      Persembahan Muzik                                                                                6
2.3      Lirik                                                                                                             6-7
2.4      Persembahan Artis                                                                                 7-8
2.5       Persembahan Tarian                                                                             8-9
3.0      Kesan                                                                                                                    10
4.0      Cara Mengatasi                                                                                                   11-13
5.0      Cara Memberikan Hiburan Positif Untuk Keluarga                                     14-15
6.0      Faktor Yang Mempengaruhi Hedonisme                                                     15-19
6.1      Keseronokan Itu Sebagai ‘Trend’                                                         16
6.2      Orang Tua Dan Kaum Kerabat                                                             16
6.3      Tidak Mempunyai Aspirasi Dan Perancangan Dalam Hidup        16-17
6.4      Keruntuhan Institusi Keluarga Dan Kepincangan Rumahtangga      17
6.5      Faktor Bacaan                                                                                            17
6.6      Mencari Ketenangan Di Luar Bersama Rakan-Rakan                                  18
6.7      Kecuaian Ibu Bapa                                                                                   18
6.8      Pengaruh Tontonan                                                                                 19
7.0      Kesimpulan                                                                                                         19 – 20
8.0      Rujukan                                                                                                                  21

PENGENALAN
Era globalisasi kini mampu melahirkan remaja yang berakhlak dan bermoral bagi mencerminkan masa hadapan Negara yang maju dan harmoni. Namun di zaman yang semakin maju dan canggih ini, Kadangkala kita alpa tentang persekitaran sekeliling yang telah mengalami banyak perubahan ke arah kemajuan seiring dengan kemajuan di negara-negara maju, seperti di Malaysia, perubahan - perubahan yang besar ini telah memberi banyak impak positif dari segi ekonomi, pembangunan, perindustrian, pelaburan, perbankan, pertanian dan sebagainya. Tetapi bagaimana pula dengan tahap sosial masyarakat negara terutama remaja di mana mereka inilah yang akan memacu pembangunan negara pada masa akan datang.

Akhlak merupakan representasi dari pemikiran seseorang yang nampak dari luar, dan dalam perspektif Islam, akhlak merupakan bagian dari syariat Islam. Dalam syariat Islam akhlak tidak menjadi bagian khusus yang terpisah dengan manusia dan sering dijadikan parameter baik buruknya seseorang dilihat dari sudut pandang manusia. Akhlak bersifat relative dalam hal penilaian walaupun hanya disandingkan dari dua sisi yaitu baik dan buruk. Dalam kehidupan sehari-hari, manusia dihadapkan pada tiga hubungan yang mengharuskannya untuk berbuat sesuatu. Yaitu hubungan manusia dengan Allah SWT (Ibadah), hubungan manusia dengan sesama manusia (muamalah dan uqubat) dan hubungan manusia dengan dirinya sendiri ( akhlak, makanan, minuman, pakaian, dan lain-lain ). Ketiga hubungan tadi dalam bentuk komunikasi yang mengharuskan kita untuk menentukan sikap yang harus diambil sesuai dengan pemikirannya. Dalam membangun sebuah masyarakat juga, akhlak sering dijadikan sebagai fokus utama untuk merekonstruksi sebuah masyarakat. Hal ini tentu saja sangat keliru mengingat akhlak adalah dasar bagi pembentukan individu dan sering dikaitkan dengan masalah hiburan dalam membentuk akhlak.

Kebelakangan ini terlalu banyak diperkatakan isu yang berkaitan dengan masalah sosial yang melibatkan remaja. Perlakuan sosial yang negatif dalam bentuk devian sosial tidak seharusnya merupakan satu petunjuk ke atas kelemahan masyarakat untuk membudayakan pembangunan secara positif yang berteraskan prinsip dan nilai-nilai murni kemanusiaan serta agama.

Justeru kita lihat, keruntuhan akhlak dikalangan remaja sebagai tunggak masa hadapan Negara kini semakin meningkat.Gelaja sosial semakin berleluasa, keselamatan benda awam terjejas, kesejahteraan ummat juga tidak terkawal.Secara terperincinya, pelbagai faktor yang menyebabkan kekurangan moral dan keruntuhan akhlak dikalangan remaja, salah satunya adalah disebabkan “hiburan yang melampau”. Hal ini boleh digambarkan dengan pelbagai adegan yang berlaku pada masyarakat kita hari ini.






ISU DAN PUNCA


    Hedonisme ialah pegangan atau pandangan hidup yang mementingkan keseronokan atau kesenangan hidup.Sedar atau pun tidak, secara sengaja atau pun kebetulan, budaya hedonisme ini telah mula menular masuk sekian lama dalam kehidupan masyarakat Islam diMalaysia terutamanya dikalangan muda mudi.


 Golongan hedonisme mengambil kira bagaimana tindakannya boleh memberi kesan terhadap keseronokkan dan kegembiraan dalam kehidupan samaada pada masa kini atau akan datang. Oleh itu, tugas mereka yang utama adalah meningkatkan kadar pengalaman yang menyeronokkan dan mengurangkan kadar ketidakselesaan seperti kesakitan, kesedihan dan kekecewaan.
Pada dasarnya, Islam mengharuskan hiburan kerana hiburan menjadi sebahagian daripada fitrah kehidupan manusia. Hal ini berdasarkan kepada hadis rasulullah SAW yang diriwayatkan daripada aisyah R.A. yang bermaksud:
“Sesungguhnya abu bakar masuk kepadaku, sedang di sampingku ada dua gadis hamba daripada orng ansar sedang menyanyi dengan nyanyian yang dinyanyikan oleh orang ansar pada hari peperangan bu’ath. Aku berkata, kedua-dua orang ini bukanlah penyanyi. Abu bakar berkata, adakah di rumah nabi ini terdapat serunai syaitan? Sedangkan pada hari ini adalah hari raya aidifitri. Rasulullah bersabda, wahai abu bakar, sesungguhnya setiap kamu ada hari rayanya dan ini adalah hari raya kita”.
                                                                                                (Ibnu majah) 

 Salah satu faktor penting yang menyumbang kepada berlakunya fenomena ini ialah realiti mediamassa samaada media cetak atau media elektronik yang memberikan peruntukan yang sangat banyak kepada aspek hiburan. Berdasarkan hadis tersebut, jelaslah bahawa hiburan yang menghiburkan jiwa serta menenangkan hati diharuskan oleh Islam. Hal ini dinyatakan oleh al-syeikh yusuf al-qardhawi bahawa antara hiburan yang dapat menghibur jiwa, menenangkan hati serta menyedapkan telinga ialah nyanyian. Hiburan nyanyian ini diharuskan oleh Islam dengan syarat ia tidak dicampuri kata-kata kotor, keji atau yang boleh merangsang kepada perbuatan dosa (jabatan kemajuan islam Malaysia).
      Oleh itu, beberapa garis panduan tentang hiburan telah dikeluarkan seperti yang berikut:


1.            Program hiburan

           Bermatlamatkan kebaikan dan kesejahteraan.
           Diadakan di tempat yang bersesuaian supaya tidak mengganggu ketenteraman          awam dan orang ramai
           Mengambil kira masa yang bersesuaian dengan sensitiviti masyarakat dan ajaran Islam.
           Tidak disertai oleh perbuatan-perbuatan haram atau maksiat
           Tidak mengandungi acara yang bersifat provokasi yang boleh menimbulkan sikap prejudis atau permusuhan.
           Tidak mengandungi unsur-unsur pemujaan atau pemyembahan yang bertentangan dengan ajaran Islam.

2.            Persembahan muzik

           Tidak menimbulkan gerak- geri liar.
           Tidak mendorongkan kepada perbuatan maksiat
           Tidak melalaikan

3.            Hayati Lirik


           Kalimah syahadah dalam bahasa Arab hendaklah disempurnakan
           Tidak memngandungi sebutan yang boleh membangkitkan nafsu syahwat, perkataan lucah, menggambarkan arak dan memberikan perangsang melakukan dosa
           Tidak mengandungi unsur-unsur pemujaan kepada makhluk dan peribadi
           Tidak mengandungi ungkapan- ungkapan yang melanggar adab kesopanan dalam Islam.
           Tidak mengandungi ungkapan yang melanggar akidah dan syariat Islam
           Tidak mengandungi unsur menghina, mengaib, mencaci, memfitrah dan seumpamanya
           Tidak boleh menjadikan tesk al- Quran sebagai lirik.
4.            Persembahan artis 

           Berinteraksi dengan penonton secara sopan dan disertai kata-kata yang boleh membina nilai-nilai kemanusiaan.
           Berpakaian kemas, sopan serta tidak memakai pakaian yang boleh mendedahkan diri kepada eksploitasi penonton dan tidak bercanggah dengan kehendak Islam.
           Tidak melakukan gerak-geri dan perkataan yang boleh menimbulkan perasan yang mendorong kepada maksiat dan menghina Islam
           Tidak mengucapkan kata-kata yang menggalakkan perbuatan maksiat atau menghina agama Islam.

5.            Persembahan tarian


           Berpakaian kemas, sopan setra tidak memakai pakaian yang boleh mendedahkan diri kepada eksploitasi penonton dantidak bercanggah dengan kehendak Islam.
           Gerak tari yang yang dipersembahkan tidak menimbulkan fitnah.
           Tidak berlaku percampuran antara lelaki dan perempuan yang boleh menimbulkan fitnah.
           Tidak bertujuan pemujaan atau penyembahan.
           Tidak dipersembahkan dengan Gaya yang memberahikan.
                                                                                                                                                                                                                                                                                              
Selain itu, hedonisme terhasil akibat daripada keruntuhan dan kurangnya keperihatinan dalam institusi kekeluargaan dan kejiranan. Ia bukan sahaja boleh terjadi dalam keluarga yang berantakan, tetapi juga dalam keluarga yang berjaya.
  Anak-anak muda merasakan tiada sokongan dan pemahaman dari keluarga terhadap jiwa dan trend dunia mereka. Jiwa ‘terguris’ mereka memilih cara hidup hedonisme sebagai satu budaya untuk mengisi kekosongan jiwa melalui pengaruh dan tekanan rakan sebaya (peer pressure) tanpa mereka sendiri sedari. Akhirnya ada yang sanggup menipu ibu bapa dengan meminta izin untuk tidur di rumah kawan, sebaliknya pergi berhibur di tempat-tempat lain.

KESAN

  Dalam kajian kami mencari kesan tiada kesan baik yang kami temui antara kesan yang kurang baik ialah:

1. Sikap pentingkan kemewahan.
2.  Peningkatan kes jenayah.
 3. Keruntuhan akhlak dalam golongan remaja.
4. Terapan nilai nilai negatif.
5. Menggagalkan usaha remaja menjadi golongan manusia yang sempurna dari segi intelek, rohani, jasmani dan emosi.
6. Meningkatkan gejala sosial dalam  kalangan remaja dan belia.
7. Menyebabkan generasi muda lupa  akan matlamat  hidup  yang sebenar.
8. Menggagalkan usaha kerajaan untuk melahirkan masyarakat yang berwawasan dan berilmu pengetahuan.
9. Golongan remaja dan  belia semakin jauh dari pada nilai - nilai keagamaan.
10. Maruah keluarga  tergadai.

CARA MENGATASI


1. Remaja perlu mendekatkan diri dengan didikan agama. Disamping menerapkan nilai-nilai murni dalam diri dengan bergaul bersama yang berpengetahuan dan orang yang arif tentang agama.

2. Ibu bapa perlu memainkan peranan yang penting dalam memberikan perhatian, pendidikan yang serius dan juga mencurahkan kasih sayang yang cukup terhadap anak-anak mereka.Bak kata pepatah melayu, “Melentur buluh biarlah dari rebungnya”.

3. Ibu bapa hendaklah sentiasa mengetahui dan mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh anak mereka serta sanggup meluangkan masa untuk mengatasai masalah tersebut. Selain itu menghabiskan sebahagian daripada masa seharian bersama anak-anak dengan memberikan keyakinan, keberanian, mewujudkan sikap positif terhadap masalah, emosi dan keputusan dalam diri mereka.


4. Mereka juga perlu tingkatkan penghayatan anak-anak terhadap agama, nilai-nilai murni, motivasi, melatih anak cara bersopan, prinsip-prinsip akauntabiliti, tepati janji, berketerampilan, menunjukkan keperibadian yang mulia, amanah, sanggup menerima kelemahan diri serta meneroka potensi anak. Ibu bapa hendaklah menjadi role model kepada anak.

5, Berkawan dengan kawan yang dapat membantu dalam pelajaran, mengajak kepada kebaikan dan positif.

6. Berjumpa dengan guru atau orang yang dipercayai untuk mendapatkan nasihat dan pandangan yang baik.

7. Peranan mediamassa dengan memberi kempen atau rancangan yang menghidupkan jiwa dan rohani.

8. Pendekatan akademik. Ini boleh dilakukan dengan menambahkan aktiviti-aktiviti berteraskan akademik dan separa akademik seperti kegiatan ko-kurikulum di sekolah. Begitu juga dengan perubahan-perubahan teknik-teknik pengajaran seperti penggunaan komputer, video, bantuan alat pandang dengar dan teknik pengajaran luar kelas.

9.  Penguatkuasaan Undang-Undang oleh pihak berkuasa seperti polis.Bidang kuasa polis yang sedia ada perlu digunakan oleh pihak pentadbir sekolah dalam mendisiplinkan pelajar-pelajar.Pihak pentadbir hendaklah mengambil kesempatan dengan merujuk masalah pelajar ini kepada pihak polis.

10. Langkah-langkah pencegahan yang bersesuaian hendaklah diadakan seperti kaunseling di peringkat sekolah. Kaunseling di peringkat sekolah adalah penting dalam membantu remaja mengatasi masalah mereka. Program ini akan lebih bermakna sekiranya kaunselor-kaunselor yang berkelayakan dan berpengalaman dilantik dalam memantapkan pelaksanaan dan keberkesanan kaunseling tersebut.

11. Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) perlulah memainkan peranan yang penting.Pertemuan yang lebih kerap antara ibu bapa, penjaga dan guru perlu diadakan khasnya bagi pelajar-pelajar yang bermasalah.Ibu bapa seharusnya menerima teguran daripada guru dengan sikap terbuka dan positif.PIBG jangan lah jadi umpama “kucing tak bergigi, tikus lompat tinggi-tinggi”.



CARA MEMBERIKAN HIBURAN POSITIF UNTUK KELUARGA
1. Pilihlah hiburan yang mendidik
Di zaman yang terus maju seperti sekarang, makin sulit mendapatkan hiburan yang mendidik di tayangan di mediamassa, hampir semua tayangan hanya mengejar rating tanpa mementingkan kualitas dan kuantitas suatu tayangan. Maka dari itu tugas sebagai orang tua adalah penting untuk memutuskan untuk memberi pededahan yang tepat bagi mendidik anak.

2. Pilihlah hiburan yang lagi trend
Ini juga merupakan hal yang penting kerana hiburan yang lagi trend biasanya jenis hiburan yang sedang banyak dinikmati oleh orang – orang, contoh standup comedy. Akan tetapi kita harus tetap mengawasi keluarga kita kerana jangan sampai mereka tanpa sengaja melihat sesuatu yang salah dari hiburan tersebut.

3. Pilihlah hiburan yang memiliki pesan moral
Ini adalah faktor yang sering dilupakan oleh para orang tua. Hiburan yang memiliki pesan moral juga kini jarang kita jumpai di tayangan mediamassa, maupun kehidupan sehari – hari. Mungkin kerana hiburan jenis ini memerlukan pengamatan yang teliti agar faham pesan moral yang dimiliki di dalam hiburan.

4. Biarkan mereka memilih, tapi Awasi
Mengapa tidak jika ibubapa membiarkan mereka memilih. Mebiarkan mereka memilih tentunya memberikan mereka kebebasan untuk berkarya dan mencari inspirasi. Ini juga penting kerana jangan sampai kita terlalu kekang dalam mendidik mereka sehingga tanpa sadar kita telah membatasi imajinasi dan inspirasi mereka yang begitu besar.


5. Pilihlah waktu liburan yang tepat
Memilih waktu hiburan yang tepat tentunya bisa melepaskan semua rasa penat yang sudah dilalui setiap anggota keluarga. Maka ibubapa, dari itu pintar – pintarlah memilih dalam waktu hiburan yang tepat untuk keluarga.



FAKTOR YANG MEMPENGARUHI HEDONISME
Gaya hidup hedonisme tentu ada penyebabnya. Ada banyak faktor ekstrinsik (faktor yang datang dari luar) yang memicu emosi mereka menjadi hamba hedonism, antara lain:

Keseronokan itu sebagai ‘trend’
Hedonisme yang semakin hari menjadi nanah dalam jiwa golongan remaja ini timbul berikutan sikap remaja itu sendiri yang sentiasa mahukan hiburan dan keseronokan dalam hidup dan menganggap keseronokan itu sebagai ‘trend’ atau cara hidup remaja pada masa kini. Bagi mereka hidup dalam usia-muda hanya sekali. Oleh sebab itu, mereka tidak mahu dikongkong oleh sesiapapun dan mahukan kebebasan sepenuhnya agar segala aktiviti yang tidak berfaedah dapat mereka lakukan

Orang tua dan kaum kerabat
Orang tua dan kerabat adalah penyebab utama generasi mereka menjadi hedonisme. Orang tua lalai untuk mewarisi anak dengan normal dan gaya hidup timur yang punya spiritual. Orang tua tidak banyak mencampurtangankan anak tentang hal spiritual. Sebagian orang tua jarang yang ambil pusing apakah anak sudah melakukan sholat atau belum, apakah lidahnya masih terbata- bata membaca alif –ba-ta, dan tidak sedih melihat remaja mereka kalau tidak mengerti dengan nilai puasa.

Tidak mempunyai aspirasi dan perancangan dalam hidup
Remaja yang berpengang dengan prinsip sebegini tidak mempunyai aspirasi dan perancangan dalam hidup. Di samping itu, mereka tidak mengambil berat tentang erti buang masa dan mengisi masa mereka dengan berhibur sepanjang masa. Selain membuang masa, mereka juga mengikut cara Barat seratus peratus seperti pakaian, tingkah laku dan kegiatan yang mereka lakukan.

Keruntuhan institusi keluarga dan kepincangan rumahtangga
Konflik diri yang melanda diri dan jiwa golongan remaja juga menjadi punca berlakunya hedonisme. Keruntuhan institusi keluarga dan kepincangan rumahtangga yang berpunca daripada perceraian, poligami dan sebagainya juga memberi tekanan kepada jiwa remaja. Sekaligus menyebabkan mereka bertindak mencari ketenangan di luar rumah dengan menghabiskan masa bergaul dengan rakan-rakan yang memahami perasaan dan masalah mereka. Dengan Cara itu, mereka dapat melupakan masalah yang mereka hadapi seterusnya lena dibuai keseronokan bersama kawan-kawan.

Faktor Bacaan
Faktor bacaan memang dapat mencuci otak mahasiswa untuk menjadi orang yang memegang prinsip hedonisme. Adalah kebiasaan mahasiswa kalau pulang kampus pergi dulu ke tempat keramaian, pasar, paling kurang mampir di kios penjualan majalah dan tabloid. Mereka senang dengan bacaan mengenai trend atau gaya hidup terbaru dan entertainment sehingga timbul keinginan untuk mengikuti atau menirunya.


Mencari ketenangan di luar bersama rakan-rakan
Kehidupan yang terkongkong serta tidak bebas juga memberi tekanan kepada remaja seterusnya menyebabkan mereka mengambil jalan mudah dengan melarikan diri dari rumah bagi memenuhi tuntutan jiwa yang banyak masalah. Remaja yang tidak mempunyai tempat pergantungan yang kukuh juga menjadi alasan bagi mereka untuk mencari ketenangan di luar bersama rakan-rakan yang pastinya menjanjikan seribu keseronokan dan kepuasan kepada mereka.



Kecuaian ibu bapa
Sikap ibu bapa yang kurang memberikan pengawasan kepada anak-anak juga memberi peluang kepada remaja-remaja ini untuk keluar berpeleseran dan menghabiskan masa terluang dengan aktiviti yang tidak bermanfaat. Kebanyakan ibu bapa pada hari ini lebih mengejar kemewahan duniawi dan kepentingan materialistic semata-mata sehingga mengabaikan kebajikan anak-anak. Ekoran daripada sikap ibu bapa tersebut, anak-anak pastinya terbiar, tidak dapat perhatian dan kasih sayang. Malah, lebih teruk lagi terdapat juga anak-anak merasakan bahawa diri mereka tidak diperlukan lagi. Sehubungan dengan itu, mereka mencari ketenangan serta keseronokan di luar dan bercampur dengan rakan-rakan yang mengalami nasib yang  sama.

Pengaruh tontonan
Pengaruh tontonan, tayangan televisi (profil sinetron, liputan tokoh selebriti dan iklan) juga mengundang mahasiswa untuk mengejar hedonisme. Isinya banyak mengupas tema tema berpacaran, ciuman, pelukan, perceraian, pernikahan. ‘Cubalah dan lakukanlah!’ seolah-olah beginilah ajakan misi mediamassa dan majalah yang tidak banyak mendidik, kecuali hanya banyak menghibur.




  KESIMPULAN
 Remaja kita tidak mementingkan perihal tentang menghormati ibubapa, guru dan golongan yang lebih tua daripada mereka, tentang belajar, bekerja dan lain-lain lagi. Mereka hanya mementingkan keseronokan daripada semua itu, mereka merasakan diri mereka seperti kurang bermakna jika tiada keseronokan dalam hidup dan memilih hiburan melampau.

Biasanya, remaja adalah mereka yang berada dalam lingkungan umur belasan tahun. Secara amnya, golongan remaja berumur antara 11 hingga 19 tahun. Jika kita perasan, dalam linkungan umur inilah ramai remaja kita yang menghadapi pelbagai masalah. Remaja kini bukanlah golongan yang pandai berdikari seperti remaja zaman dahulu, malahan mereka seperti bayi yang perlu dijaga seperti menatang minyak yang penuh. Memilih gaya hidup hedonime, terus terang tidak akan pernah memberikan kepuasan dan kebahagiaan. Ibarat minum air garam, makin diminum makin haus. Bagi yang belum terlanjur menjadi penggemar  hedonisme maka segeralah berpatah balik ke jalan yang benar. Bahwa kebahagian hidup ada pada hati yang bersih, saatnya bagi kita kembali untuk menyuburkan akar-akar spiritual - kembali ke jalan Ilahi, tumbuhkan jiwa peduli pada sesama- buang jauh-jauh sikap selfish (mementingkan diri sendiri), dan memiliki kekuatan – kuat otak, kuat otot, kuat kemampuan berkomunikasi, kuat beribadah, dan kuat  mencari  rezeki.

Kini negara kita mengalami pelbagai masalah yang melibatkan golongan remaja, bahkan isu ini sudah menjadi perkara biasa bagi masyarakat negara kita. Mereka sering berpendapat bahawa masalah atau gejala sosial dalam golongan remaja adalah normal bagi umur mereka yang sedang meningkat naik. Rata-rata kita dapat melihat gejala sosial yang berlaku di seluruh negara adalah dalam kalangan anak muda remaja.Dalam ini ibu bapa perlu memainkan peranan yang tinggi dalam memdidik anak anak mereka supaya menjadi jenerasi yang berguna pada masa hadapan.




RUJUKAN
·         Aziz Deraman (2000). Tamadun Melayu dan Pembinaan Bangsa Malaysia. K.   Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
·         Hamka (2006). Falsafah Hidup. Selangor: Percetakan Rahim Razak Sdn. Bhd.
·         Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (2009).Garis Panduan Hiburan dalam Islam.
·         Mohd. Sood Chik (2010). Pergaulan Bebas dalam Kalangan Mahasiswa IPT Awam dan Swasta Terengganu dan Penyelesaiannya Menurut Islam, UKM, Disertasi Ijazah Sarjana Pengajian Islam.
·         Marzuki Sepiaail, Rina Fakhizan Mohd Sukri dan Alias Mat Saad (2016). Komunikasi dan Penyiaran dalam Islam. Selangor Darul Ehsan: Oxford Fajar Sdn. Bhd.
·         http://zaimhilmi/Blogspot.my/2010/05/jangan-suburkan-budaya-hiburan-melampau.htm.
·         www.sinarharian.com.my/mobile/nasional/umat-islam-lalai-dengan-hiburan-melampau-1.32868.





2 ulasan:

  1. video games of indonesia - videogames.cc - Videodl.cc
    youtube - Video Games of indonesia. Videogames.cc. Play Now. Video games of indonesia. Videogames.cc. Description.. This youtube mp3 is a product

    BalasPadam
  2. Borgata Hotel Casino & Spa, Atlantic City - Mapyro
    › borgata-hotel-casino › borgata-hotel-casino Borgata 광명 출장안마 Hotel Casino & 서울특별 출장마사지 Spa, Atlantic City. Address. 서산 출장안마 97400 성남 출장안마 Atlantic City Boulevard, Suite 논산 출장샵 206. Directions. 87714.

    BalasPadam